
IPOH – Lima individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penghuni rumah jagaan di Tanjung Rambutan di sini semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya di Balai Polis Tanjung Rambutan menerima maklumat kira-kira pukul 2 petang dari Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan mengenai kematian lelaki berusia 54 tahun berkenaan.
“Sepasukan polis telah ke lokasi dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi menentukan punca sebenar kematian.
Mohd. Alwi berkata, lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan iaitu terdiri daripada seorang penjaga dan empat penghuni rumah jagaan berkenaan.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lima ditahan susulan kematian seorang penghuni rumah jagaan appeared first on Kosmo Digital.





