'Mu buka, mu buka' - Pekerja kedai emas menggigil diugut penyamun dengan parang

12 Nov 2026 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Mu buka, mu buka' - Pekerja kedai emas menggigil diugut penyamun dengan parang
Pengalaman baru empat hari bekerja secara sambilan di sebuah kedai emas di Batu Enam, di sini bertukar menjadi detik mencemaskan bagi seorang wanita apabila dia diugut oleh dua penyamun bersenjatakan parang, dalam kejadian pada Khamis.
Image from: 'Mu buka, mu buka' - Pekerja kedai emas menggigil diugut penyamun dengan parang
Pekerja sebuah kedai emas di Batu Enam, Kuala Nerus masih trauma diugut lelaki bersenjata parang yang melarikan tiga dupang emas dianggarkan bernilai RM300,000 di premis berkenaan dalam kejadian pada pagi Khamis.

​KUALA NERUS - Pengalaman baru empat hari bekerja secara sambilan di sebuah kedai emas di Batu Enam, di sini bertukar menjadi detik mencemaskan bagi seorang wanita apabila dia diugut oleh dua penyamun bersenjatakan parang, dalam kejadian pada Khamis.

​Mangsa, Juliana Zakaria, 31, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, dia sedang melayan seorang pelanggan sebelum premis berkenaan didatangi dua lelaki.

​Menurutnya, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh bertindak mengacukan parang ke arahnya sebelum mengarahkan dia membuka tempat menyimpan barang kemas.

​"Mereka mengacukan parang sambil menjerit 'Mu buka, mu buka' supaya saya membuka tempat menyimpan barang kemas.

​"Disebabkan terkejut dengan tindakan tu, saya hanya mampu mengikut arahan mereka kerana bimbang keselamatan diri," katanya.

​Dalam kejadian samun tersebut, suspek berjaya melarikan tiga dulang gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000.

**media[3708072]**

​Mengulas lanjut, Juliana menyifatkan situasi berdepan detik cemas itu sebagai satu pengalaman yang sangat menakutkan.

​"Saya masih terkejut dengan kejadian itu sehingga badan menggigil. Saya tidak sangka perkara seperti ini berlaku ketika sedang bekerja," ujarnya.

​Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada pemilik premis pada jam 10.46 pagi.

​Menurutnya, siasatan mendapati kejadian samun tersebut berlaku dengan sangat pantas iaitu tidak sampai satu minit.

​"Ketika kejadian, terdapat empat pekerja sedang bertugas di kedai berkenaan namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

​"Kedua-dua suspek yang disyaki lelaki Melayu itu kemudiannya dikesan melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta," jelasnya.

​Wan Mohd Zaki berkata, kes tersebut kini diberi perhatian oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang kini sedang giat menjejaki kedua-dua suspek.

​Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

​Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada IPD Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved