[VIDEO] Polis tumpaskan Geng Mat Tok, selesai sembilan kes pecah rumah, curi kenderaan

17 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Polis tumpaskan Geng Mat Tok, selesai sembilan kes pecah rumah, curi kenderaan
Image from: [VIDEO] Polis tumpaskan Geng Mat Tok, selesai sembilan kes pecah rumah, curi kenderaan
Hanyan (dua kiri) menunjukkan barangan yang dicuri suspek.

SUNGAI PETANI - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali ‘Geng Mat Tok’ dengan penahanan empat suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar bandar ini sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tangkapan empat suspek pada 9 September lalu berjaya menyelesaikan sembilan kes khususnya di sekitar Taman Delima dan Arked di sini.

"Modus operandi kumpulan ini melakukan pecah rumah dengan mengambil barang berharga termasuk melarikan kenderaan mangsa," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada Khamis.

Beliau berkata, ketua geng dikenali Mat Tok, 31, ditahan bersama tiga lagi rakan berusia 28 tahun hingga 40 tahun sekitar daerah ini.

Bagaimanapun, katanya, polis masih memburu dua lagi rakan sejenayah dikenali sebagai Nizam dan Jat Chai.

Hanyan berkata, polis turut merampas sebuah motosikal, satu set dron, sebuah kamera, mesin basuh, tiga utas jam tangan, satu unit komponen speaker dan lima helai baju jersi.

Beliau berkata, keseluruhan barangan dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.

Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah serta positif dadah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi motosikal.

Dalam pada itu, Hanyan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada talian IPD Kuala Muda bernombor 04-429 9222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved