Geng Man Kuda curi kereta tumpas

8 Sep 2026 • 12:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Geng Man Kuda curi kereta tumpas

BAGAN SERAI: Geng Man Kuda yang dipercayai terbabit dalam 14 kes samun dan curi kereta di Perak, Kedah dan Pulau Pinang sejak Jun lalu tumpas selepas penahanan empat anggotanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 49 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan di Taiping, Perak dan Kulim, Kedah pada 30 Ogos lalu.

Katanya, hasil risikan dan siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dalam sembilan kes di Perak, empat di Kedah dan satu di Pulau Pinang dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM200,000.

“Kumpulan ini mencuri kereta mangsa yang diletakkan di hadapan rumah menggunakan batang besi yang diubah suai selain melakukan samun terhadap mangsa yang berada di dalam rumah serta berjalan seorang diri.

“Dengan tertumpasnya Geng Man Kuda, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes curi dan cubaan curi kereta, dua kes samun serta tiga kes curi barang dalam kenderaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, hari ini.

Mohd Alwi berkata, polis kini memburu empat lagi suspek lelaki Melayu berusia antara 30 hingga 36 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Iskandar Shyam Abu Bakar di talian 019-8635721 atau balai polis berhampiran. – UTUSAN

 

The post Geng Man Kuda curi kereta tumpas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved