[VIDEO] Proton Iswara ‘mendunia’, muncul dalam klip promosi iPhone 18 Pro

TechnologyDigital
26 Sep 2026 • 10:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Proton Iswara ‘mendunia’, muncul dalam klip promosi iPhone 18 Pro

PETALING JAYA – “Saya nampak Proton Iswara di situ, bangga jadi anak Malaysia, Proton Iswara mendunia”.

Demkian reaksi pengguna di media sosial selepas menonton klip video iklan bagi mempromosikan ciri-ciri peranti terbaharu keluaran Apple iaitu iPhone 18 Pro.

Menariknya, klip video berdurasi 58 saat yang dimuat naik pada 23 September lalu itu memaparkan sebuah Proton Iswara yang merupakan kereta buatan Malaysia.

Berdasarkan video itu, Proton Iswara telah digunakan dalam adegan untuk melarikan diri dalam babak kejar-mengejar yang dirakam secara berterusan tanpa potongan (one-continuous-take).

Ia melibatkan sekumpulan anak muda yang cuba melarikan diri daripada seorang lelaki misteri.

Video itu diarahkan oleh Matt Lewis, sinematografer bagi siri Adolescence.

Klip video tersebut merupakan sebahagian daripada siri video #ShotoniPhone18Pro oleh Apple, yang turut menampilkan video muzik daripada Rosé (anggota kumpulan Blackpink) dan penyanyi rap serta penyanyi dari Hong Kong, Jackson Wang.

Penghasilan klip video itu juga adalah bagi mengetengahkan ciri baharu iPhone 18 Pro yang mempunyai sistem kamera kawalan kedalaman field (Depth of Field) semula jadi.

Selain itu, ia mempunyai sistem pencahayaan rendah lebih baik, rakaman skala profesional (ProRes & Apple Log 2), serta kestabilan rakaman ekstrem. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Proton Iswara ‘mendunia’, muncul dalam klip promosi iPhone 18 Pro appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved