Netizen Malaysia Teruja, Tak Sangka Proton Iswara Muncul Dalam Video Apple

LocalTechnology
25 Sep 2026 • 12:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Netizen Malaysia Teruja, Tak Sangka Proton Iswara Muncul Dalam Video Apple

Seperti yang diketahui, beberapa model keluaran Proton pernah dieksport ke luar negara termasuk United Kingdom (UK).

Malah sehingga kini, masih terdapat pengumpul dan peminat yang menyimpan model-model lama Proton di negara berkenaan.

Namun baru-baru ini, Proton Iswara kembali mencuri perhatian selepas kereta nasional itu muncul dalam sebuah video terbaharu yang dimuat naik oleh syarikat teknologi gergasi, Apple.

Menerusi video yang dikongsikan Apple di Instagram, kelihatan pelakon dalam rakaman berkenaan berada di dalam sebuah Proton Iswara.

Kemunculan kereta berkenaan ternyata menarik perhatian ramai, khususnya rakyat Malaysia yang mengenali model tersebut.

Baca juga:

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bangga apabila melihat kereta keluaran jenama nasional Malaysia muncul dalam video Apple.

“Bangga jadi rakyat Malaysia,” tulis seorang pengguna.

“Patutlah macam kenal. Itu kereta jenama nasional negara saya,” kata seorang lagi.

Lebih menarik, video berkenaan dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 18 Pro, sekali gus mempamerkan keupayaan kamera telefon pintar terbaharu Apple itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved