[VIDEO] PRU16: UMNO cenderung runding dengan Pas, bukan PN - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] PRU16: UMNO cenderung runding dengan Pas, bukan PN - Asyraf Wajdi
Image from: [VIDEO] PRU16: UMNO cenderung runding dengan Pas, bukan PN - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR - UMNO memberi indikasi lebih cenderung mengadakan rundingan secara terus dengan Pas berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu antara perkara yang dapat dilihat menerusi perbahasan dan pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

"Seperti mana dalam pilihan raya lepas, kita memang mengadakan perundingan dengan Pas dan PN.

"Namun kalau lihat daripada perbahasan dan perwakilan, wujud kecenderungan untuk kita fokus kepada perundingan dengan Pas berbanding melihat kepada konteks PN.

"Jawatankuasa perundingan akan dibentuk oleh pimpinan parti apabila tiba masanya," katanya dalam sidang akhbar di Laman Media sempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Mengulas desakan UMNO untuk PRU16 disegerakan, Asyraf Wajdi menjelaskan, parti melihat negara kini sudah memasuki 'edah pilihan raya' selepas tempoh tiga tahun daripada penggal lima tahun Parlimen, meskipun tempoh penuh tahun masih belum berakhir.

Justeru ujarnya, selepas tiga tahun adalah tempoh yang dibolehkan untuk mengadakan pilihan raya.

Dalam masa sama Asyraf Wajdi turut menolak dakwaan bahawa hubungan BN dan Pakatan Harapan (PH) kini retak atau menuju perpecahan.

Sebaliknya beliau menegaskan, UMNO masih berpegang kepada Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan tidak akan melakukan tindakan 'tebuk atap' sebelum pembubaran Parlimen.

"Jadi sebab itulah saya kira, tidak akan timbul apa-apa masalah yang besar. Yang paling penting seperti mana saya katakan tadi, malah (dalan ucapan dasar) Presiden pun memberi indikasi bahawa biarlah rakyat membuat keputusan dan mandat itu diserahkan kepada rakyat.

"Selagi mana kita belum sampai tempoh pilihan raya, asasnya kita tidak akan menebuk atap ataupun merubah kerajaan ini dengan perubahan hanya sekadar Perdana Menteri.

"Rundingan politik bagi menghadapi PRU16 hanya akan bermula selepas pembubaran Parlimen diumumkan," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved