Asyraf Wajdi tolak tuduhan UMNO atau BN khianat Kerajaan Perpaduan

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 3:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO menegaskan parti itu tidak pernah mengkhianati mana-mana pihak sepanjang berada dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal berpegang kepada Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Semua pihak kena kembali rujuk kepada intipati perjanjian

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan, perkara paling penting ketika ini ialah semua pihak perlu kembali merujuk kepada intipati perjanjian yang menjadi asas pembentukan kerajaan.

Ujarnya, kerajaan sedia ada bukan kerajaan yang dibentuk oleh satu parti sahaja, sebaliknya melibatkan 18 parti yang terikat dengan perjanjian berkenaan.

“Apabila Dato’ Sri Anwar mengangkat sumpah, sebuah perjanjian yang melibatkan 18 parti dimaktubkan dan perjanjian itu dinamakan Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia, maknanya kerajaan ini bukan kerajaan satu parti jadi Perdana Menteri mesti sentiasa merujuk kepada ke semua parti-parti yang membentuk kerajaan ini.
“Dia bukan macam kerajaan sebelum-sebelum ini.
“Kalau kerajaan yang memang mempunyai majoriti mutlak 112, itu boleh dikatakan kerajaan yang hanya Perdana Menterinya merujuk kepada kerajaan dibentuk oleh satu parti,” jelas beliau sewaktu Sidang Media di Laman Media Perhimpunan Agong UMNO 2026.

Image from: Asyraf Wajdi tolak tuduhan UMNO atau BN khianat Kerajaan Perpaduan

Setiap parti kerajaan perlu diberi ruang

Menurutnya, setiap parti dalam kerajaan perlu diberi ruang untuk melalui proses rundingan dan konsultasi sebelum sebarang keputusan besar dibuat.

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi menolak dakwaan bahawa UMNO dan BN melakukan pengkhianatan terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Yang Paling penting ialah, rujuk kembali intipati kerajaan perpaduan Malaysia.
“Banyak perkara-perkara yang hari ini mulai longgar.
“Dan semacam pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk mengatakan bahawa Parisan Nasional ataupun UMNO melakukan pengkhianatan.
“Sedangkan kita tidak pernah mengkhianati sesiapa perjanjian kita hanya terpakai sehingga Pelang Raya Johor tidak terpakai, Negeri Sembilan tidak terpakai.
“Bila kita bubar saja, maknanya terserah kepada parti-parti untuk menentukan hala tujuh masing-masing.
“Saya tidak menjangkakan di Sabah dan Sarawak pun,” katanya.

Image from: Asyraf Wajdi tolak tuduhan UMNO atau BN khianat Kerajaan Perpaduan

Beliau menjelaskan bahawa perjanjian berkenaan kekal terpakai sehingga berlakunya pembubaran, selepas itu setiap parti bebas menentukan hala tuju masing-masing.

Asyraf Wajdi turut menegaskan penggunaan istilah atau gagasan tertentu tidak menjadi masalah, namun identiti kerajaan yang dipersetujui dalam perjanjian perlu terus dihormati.

Menurutnya, soal hala tuju politik selepas pembubaran Parlimen kelak akhirnya akan diserahkan kepada parti-parti untuk membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved