Hubungan BN-PH tidak ‘retak menanti belah’ – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 4:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hubungan BN-PH tidak ‘retak menanti belah’ – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – UMNO kekal mempertahankan kestabilan Kerajaan Perpaduan dan menolak sebarang usaha untuk mengubah kerajaan hanya dengan menukar Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) juga tidak berada dalam keadaan “retak menanti belah”, sebaliknya parti itu masih berpegang kepada perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, UMNO tidak akan mengambil pendekatan “menebuk atap” selagi tempoh pentadbiran semasa belum berakhir atau Parlimen belum dibubarkan.

“Dia tidak retak menanti belah. Sebabnya kita masih lagi berpegang kepada perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Selagi mana kita belum sampai tempoh ataupun pilihan raya, selagi mana asasnya kita tidak akan menebuk atap ataupun merubah kerajaan ini dengan perubahan hanya sekadar Perdana Menteri, itu maksud tebuk atap, dan kita memikirkan soal kestabilan politik yang kita pertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, UMNO tidak melihat sebarang masalah besar yang boleh menjejaskan kelangsungan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Sebaliknya, katanya, keputusan mengenai masa depan kerajaan perlu diserahkan kepada rakyat menerusi pilihan raya.

“Yang paling penting, sepertimana saya katakan tadi, Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pun memberi indikasi dan perwakilan pun memberikan indikasi bahawa biarlah rakyat yang membuat keputusan dan mandat itu diserahkan kepada rakyat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

The post Hubungan BN-PH tidak ‘retak menanti belah’ – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved