![Image from: [VIDEO] Puluhan ikan pari ‘berkumpul’ di tepi Padang Kota](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/padang-kota-ikan-pari-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Kehadiran puluhan ikan pari berhampiran tebing Padang Kota, George Town, mencuri perhatian orang ramai selepas rakaman kejadian itu dikongsikan di media sosial.
Menerusi video dimuat naik pengguna Threads, @pgbssolution, kelihatan sejumlah besar ikan pari berenang dan berkumpul rapat berhampiran tebing berkenaan.
Situasi luar biasa itu turut mengundang perhatian pengguna media sosial apabila ikan-ikan tersebut dilihat berada begitu hampir dengan daratan sehingga bentuk badannya dapat dilihat dengan jelas dari atas tebing.
“Ingatkan ada mesyuarat… sekali ikan pari tengah berkumpul tepi laut. Ramai betul geng dia hari ni!” tulisnya menerusi hantaran tersebut.
Menjengah ruangan komen, seorang pengguna, @ajjebsgerman turut tertanya-tanya sama ada kemunculan ikan pari dalam jumlah banyak itu membawa sebarang petanda.
Menjawab persoalan tersebut, pemilik akaun berkenaan berpandangan keadaan itu mungkin dipengaruhi beberapa faktor termasuk pencarian makanan, perubahan suhu air, musim mengawan atau migrasi.
“Yang penting rezeki buat para nelayan di luar sana. Amin,” katanya.
Fenomena itu turut mengundang rasa teruja dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap situasi melihat ikan pari dari jarak dekat sebagai sesuatu yang jarang berlaku.
“Uish jarang tengok ikan pari berkumpul ni. Ambil jala kaut masak asam pedas meh,” komen Nizam.
“Bakar cicah air asam pun sedap, jarang tengok banyak-banyak ni,” komen Esya.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada kejadian berkenaan berlaku pada hari ini. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Puluhan ikan pari ‘berkumpul’ di tepi Padang Kota appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Tun M pilih berpanas bersama rakyat sambut merdeka di Putrajaya](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/tun-mahathir-1024x827.jpeg)


