Video Sahabat Baik Menangis Depan Pusara Nur Farah Kartini Undang Rasa Sebak - “Sedihnya, Hilang Kawan Yang Sentiasa Bersama…”

19 Jul 2024 • 10:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular video memperlihatkan seorang rakan baik kepada Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Dayang tidak dapat menahan rasa sebak ketika pengebumian Allahyarham pada petang, Khamis.

Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang pada 5.20 petang, Khamis.

 

Menerusi perkongsian video di TikTok MalaysiaGazette, Dayang kelihatan tidak bermaya dan menangis di hadapan pusara kawan baiknya itu.

Sebak Melihat

Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat keadaan rakan baik arwah itu yang terpaksa dipapah oleh kawan-kawan yang lain.

 

“Kehilangan seorang insan yang bertuah di sana. Di dunia kami tak mengenali arwah tetapi pemergiannya satu Malaysia dan dunia tangisi. Berehatlah wahat bidadari.

 

“Sedihnya… hilang kawan yang sentiasa bersama. Tiba-tiba pergi buat selamanya.

 

“Cuma yang pernah hilang sahabat baik saja tahu macam mana perasaan sedih itu menyelubungi diri. Al-fatihah untuk arwah Farah Kartini.

 

“Kita yang hanya kenal arwah waktu arwah tak ada pun terasa sedih, apatah lagi sahabat arwah,” komen beberapa netizen.

 

Terdahulu, penemuan mayat seorang wanita bernama Nur Farah kartini pada Isnin yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu menggemparkan satu negara.

 

Ia sekaligus membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkat Lans Koperal dipercayai kenalan rapat mangsa.

@malaysiagazette

Sahabat Allahyarham Nur Farah Kartini, Dayang tidak dapat menahan sebak ketika proses memasang batu nisan di atas kubur sahabatnya. #malaysiagazette #farahkartini

♬ original sound - malaysiagazette

Kredit foto : MalaysiaGazzete