[VIDEO] Satu-satu serpihan tulang dua beranak dihempap lori tangki dikeluarkan

15 Aug 2026 • 9:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Satu-satu serpihan tulang dua beranak dihempap lori tangki dikeluarkan

PETALING JAYA – Petugas forensik terpaksa mengeluarkan satu persatu serpihan tulang dan daging dipercayai milik dua beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah lori tangki dalam kemalangan tragis di Kilometer (KM) 9, Jalan Temerloh-Triang, di sini semalam.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan petugas forensik menjalankan kerja-kerja mengeluarkan sisa tubuh mangsa yang terperangkap di celah-celah rangka kereta Bezza dinaiki dua beranak tersebut.

Proses berkenaan dilihat dilakukan dengan penuh teliti susulan keadaan mangsa sudah rentung dalam kebakaran susulan kemalangan terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, sebuah lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Perodua Bezza.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron sebelum ini memaklumkan, dua mangsa yang maut dipercayai seorang wanita berusia 39 tahun dan anak lelakinya berusia 12 tahun.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada waris, kedua-dua mangsa dipercayai ibu dan anak, namun pengesahan identiti perlu dilakukan menerusi perbandingan ujian asid deoksiribonukleik waris.

Sementara itu, suami mangsa sebelum ini memaklumkan menerusi video tular bahawa hampir 95 peratus mangsa yang terlibat merupakan isteri dan anaknya.

“Saya nak bagitahu minta maaf sebab saya tak dapat berusan apa-apa buat masa ini. Isteri saya baru kemalangan dan disahkan kemungkinan besar 95 peratus meninggal di tempat kejadian dengan anak saya.

“Buat masa ini, minta maaf tak boleh berurusan dan saya punya pasukan akan berurusan kawan-kawan semua.

“Doakan saya, doakan ahli keluarga, doakan isteri dan anak saya semoga diletakkan bersama soleh solehah,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori tangki berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas serta mengesahkan identiti kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Satu-satu serpihan tulang dua beranak dihempap lori tangki dikeluarkan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved