![Image from: [VIDEO] Satu Taman Tasik Danau Kota bau busuk](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/ikan-busuk-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Pengunjung Taman Tasik Danau Kota, hari ini dikejutkan dengan bau busuk gara-gara puluhan ekor ikan yang mati di dalam tasik itu.
Menerusi perkongsian di Threads @Hayana Darliz, bagaimanapun kejadian itu bukan pertama kali berlaku apabila puluhan ikan di tasik berkenaan juga mati pada awal tahun lalu.
“Jadi lagi guys… dah mula berbau pagi ni. Esok lusa mesti lagi dasyat baunya,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna terkejut melihat keadaan itu selain ada yang berharap agar masalah itu dapat dikawal pihak berkuasa.
“Dulu tengok ada orang kata sebabkan tak ada oksigen ke apa tah dalam tasik tu buat ikan mati. Tapi masalahnya ikan sini terlalu banyak sebab tu kalau sekali mati bersepah naik ke darat,” kata Rohaizad.
“Apa dah jadi dekat Tasik Danau Kota, hari ini? Satu tasik penuh dengan bangkai ikan, busuk! Tak sanggup ku nak pusing satu tasik,” keluh @Suhaila.
“Tengok dekat tingkap ingat bunga ke apa rupanya ikan,” kata @Nvreend.
“Kadang-kadang ada warga asing suka bagi makan, dah dilarang buat juga,” kata @Sleepyfrog. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Satu Taman Tasik Danau Kota bau busuk appeared first on Kosmo Online.


