Isteri sahkan mayat suami dalam tasik bersama motosikal

14 Oct 2026 • 5:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isteri sahkan mayat suami dalam tasik bersama motosikal
Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan terapung berhampiran tebing Tasik Raban dekat pengkalan ikan di Kuak di sini.

LENGGONG - Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan terapung berhampiran tebing Tasik Raban dekat pengkalan ikan di Kuak di sini.

Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki berkenaan jam 5.17 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, hasil siasatan turut menemukan sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna merah putih di kawasan sekitar tasik yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik dan identiti lelaki itu disahkan oleh isterinya menerusi proses pengecaman pada Selasa," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan.

Menurutnya, beberapa spesimen turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh bagi menjalani ujian toksikologi.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved