![Image from: [VIDEO] Saya hanya mahu menjadi ibu kepada semua orang – Tun Siti Hasmah](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-15.40.30-1024x749.jpeg)
PETALING JAYA – “Saya hanya mahu menjadi seorang ibu kepada semua orang. Siapa-siapa yang rasa sedih, tiada sesiapa untuk bercakap…datanglah kepada saya.”
Itu antara kata-kata menyentuh hati Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, yang kembali tular menerusi satu rakaman video di media sosial.
Dalam video berkenaan, Tun Siti Hasmah secara terbuka mendedahkan, beliau sedia menjadi ‘ibu’ kepada sesiapa yang tiada tempat untuk meluahkan kesedihan atau masalah.
Kata-kata penuh kelembutan itu mengundang sebak orang ramai, khususnya selepas pemergian beliau pada hari ini.
“Al-fatihah, rakyat Malaysia kehilangan ibu negara. Sedihnya…,” kata @Teamplayer02.
“Tun Siti Hasmah emak kita semua. Sayang awak, Tun,” komen @Jamaliah1765.
“Sedih la pulak aku. Doakan yang terbaik untuk arwah,” ujar @Awe.
Terdahulu, jenazah Tun Siti Hasmah yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.
Tun Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi.
Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik. – KOSMO! ONLINE
@tunfiqamohammadTelah perginya seorang permata, seorang bonda yang begitu besar jasanya, kasihnya dan pengorbanannya. Semoga Allah SWT mengampuninya, menerima segala amal solehnya, melapangkan dan menerangi alam kuburnya, serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah mengurniakan syurga buatmu, bonda. Semoga ditempatkan di antara taman-taman syurga, tenang tanpa kesakitan dan kesedihan. Buat Tun dan seluruh keluarga, semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.
The post [VIDEO] Saya hanya mahu menjadi ibu kepada semua orang – Tun Siti Hasmah appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Gagal peperiksaan, Tun M tawar tuisyen percuma kepada Tun Siti Hasmah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-11.28.45-PM-1024x650.jpeg)




