[VIDEO] Sebaik Menang Oscars, Michelle Yeoh Terus Hubungi Mak Di KL

Entertainment
13 Mar 2023 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ribuan ucapan tahniah dizahirkan buat pelakon terkenal antarabangsa yang juga berasal dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh atas kemenangannya dalam Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Everything, Everywhere All At Once.

Kemenangan Michelle ini menjadikan beliau sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi anugerah Oscars tersebut.

image is not available

Perkara ini ternyata membangga rakyat Malaysia dan tidak dilupakan emak beliau yang sangat terharu akan kemenangan anaknya itu. Mak mana yang tak happy dengan kejayaan anak kan?

Michelle hubungi emak lepas menang Oscars

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan wartawan CNA, Melissa Goh di Twitter, Michelle dilihat telah menghubungi ibunya secara video call sebaik selesai menerima anugerah tersebut.

Panggilannya disambut dengan jeritan teruja dan ucapan tahniah dari emaknya sendiri serta ahli keluarga, di samping mereka juga mengucapkan ‘Malaysia Boleh’ kepada Michelle.

Datin Janet Yeoh, ibu kepada Michelle telah hadir ke The Pride of Malaysia Exclusive Viewing Party OSCAR 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan menteri, Hannah Yeoh dan Datuk Nancy Shukri.

Pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak ini dijangka akan membawa pulang trofi Oscars tersebut ke Malaysia untuk meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Michelle dalam ucapan penerimaan anugerah berkata,

Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (acara Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang seperti saya menonton malam ini, kejayaan ini adalah tunjang harapan dan banyak kemungkinan. Ia juga adalah bukti bermimpilah dengan impian yang besar dan mimpi juga menjadi kenyataan.”

Tahniah Tan Sri Michelle!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.