![Image from: [VIDEO] Siapa pak cik ini, mana keluarga dia?](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/warga-emas-1024x658.jpeg)
PETALING JAYA – Kelibat seorang lelaki warga emas yang didakwa setiap hari duduk di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Silibin, Ipoh ketika cuaca panas terik mengundang sebak dan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan serta keluarganya.
Perkara itu tular di media sosial selepas pengguna Threads @_qrratulain berkongsi keadaan lelaki berkenaan yang dikatakan sering dilihat berada di lokasi tersebut.
“I don’t know (saya tak tahu) anak mana yang sanggup biarkan bapa dia tepi jalan begini. Kita tak tahu niat mereka apa atau pak cik ni sendirian.
“Setiap hari memang ada pak cik ini dengan panas teriknya . Sebak betul. Warga Ipoh tahu kot ini dekat mana. Moga pak cik sentiasa cekal tabah dan sihat sentiasa di bawah lindungan Allah,” katanya menerusi satu hantaran semalam.
Hantaran itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang berharap kebajikan warga emas tersebut dapat diberikan perhatian pihak berkaitan.
“Siapa pak cik ini? Dia ada masalah mental ke apa? Mana keluarga dia? Mungkin yang dekat boleh bantu hubungi pihak berwajib atau bantu kesan keluarganya,” kata @puteeeriii.
Pengguna @nazdianafiq turut mencadangkan supaya laporan dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya lelaki terbabit tidak mempunyai waris.
“Kesiannya. Cuba buat aduan pada pihak JKM. Jika tiada waris,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Siapa pak cik ini, mana keluarga dia? appeared first on Kosmo Online.



