“Sebak Hati Cik Lan…” – Selepas Enam Tahun Berjauhan, Nur Sajat Akhirnya Bertemu Semula Dengan Ibu

EntertainmentLifestyle
8 Sep 2026 • 1:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas enam tahun hidup berjauhan, penantian pempengaruh dan usahawan Nur Sajat untuk bertemu semula dengan ibunya akhirnya terlerai apabila mereka dipertemukan di Singapura.

Momen penuh emosi itu dikongsikan selebriti Singapura, Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan menerusi hantaran di Instagram.

Advertisement
View this post on Instagram

Cik Lan meluahkan rasa sebak apabila menyaksikan sendiri detik seorang ibu memeluk anaknya selepas sekian lama tidak berjumpa.

“Sebak Cik Lan tadi apabila seorang ibu memeluk seorang anak dah lama tak bertemu dengan Sajat,” katanya.

Menurut Cik Lan, dia terlebih dahulu bergegas ke Larkin, Johor Bahru untuk menjemput ibu Sajat sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura bersama pembantunya, Fian.

View this post on Instagram

Malah, Cik Lan memaklumkan dia bertolak dari Rembau seawal jam 4 pagi bagi memastikan perjalanan untuk menjemput ibu Sajat berjalan lancar.

“Cik Lan tadi menjemput ibunya di Larkin, JB sampai dari Rembau jam 4 pagi. Bersama Asst Cik Lan Fian terus masuk ke Singapura,” jelasnya.

Perjalanan tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila Cik Lan dapat menyaksikan pertemuan semula Sajat dengan ibunya selepas enam tahun terpisah.

sajat

Dalam hantaran berasingan, Cik Lan sekali lagi meluahkan rasa tersentuh melihat detik berkenaan.

“Sebak hati Cik Lan… Akhirnya seorang ibu dapat berjumpa anaknya,” luahnya.

Pada masa sama, Cik Lan turut mengajak orang ramai mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan pertemuan tersebut membawa kebaikan kepada semua pihak.

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian pengikut Cik Lan yang rata-rata tersentuh dengan momen pertemuan antara ibu dan anak selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Sebak Hati Cik Lan…” – Selepas Enam Tahun Berjauhan, Nur Sajat Akhirnya Bertemu Semula Dengan Ibu2026-09-08 09:45:15

"Masih Bincang, Yang Penting Hormat.." - Dapat Ibu Mentua Muda, Hantaran Menantu Datuk Abdah Alif Curi Tumpuan Ramai

The post “Sebak Hati Cik Lan…” – Selepas Enam Tahun Berjauhan, Nur Sajat Akhirnya Bertemu Semula Dengan Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved