[VIDEO] Tahanan rumah: Najib dibenarkan tinggal bersama anak, isteri, menantu dan cucu

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Tahanan rumah: Najib dibenarkan tinggal bersama anak, isteri, menantu dan cucu
Image from: [VIDEO] Tahanan rumah: Najib dibenarkan tinggal bersama anak, isteri, menantu dan cucu
Najib dibenarkan untuk tinggal bersama ahli keluarga terdiri isteri-isteri, anak-anak, menantu, cucu ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk tinggal bersama ahli keluarga terdiri isteri-isteri, anak-anak, menantu, cucu ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

**media[3707664]**

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun Najib tidak dibenarkan untuk menerima tetamu melainkan dengan izin bertulis.

"Najib tidak dibenarkan tinggal bersama seseorang yang lain selain daripada ahli keluarga kecuali dengan kebenaran bertulis.

"Dalam masa sama Najib tidak boleh dedahkan, libatkan diri dalam majlis keramaian jauh sekali daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik," katanya pada Sidang Parlimen pada Khamis.

Sebelum ini, Najib diperintah menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

BN gesa laksana titah perintah Agong segera

Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Hakim, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan mendapatkan perintah pelepasan baharu.

Tambah Saifuddin Nasution, jika berlaku pelanggaran, maka pihak berkenaan akan segera dikembalikan ke penjara kajang atau mana-mana penjara yang ditentukan.

"Itu jelas dalam syarat dan perinciannya yan ada dalam arahan dan tata cara.

"Jadi kita sudah menjangkakan perkara seperti itu. Prinsipnya adalah syarat-syarat diberikan jika langgar segera dikembalikan ke penjara," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved