“Hanya satu rumah” – Permohonan Najib Guna 2 Kediaman Untuk Jalani Tahanan Rumah Tak Dapat Dipenuhi

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 3:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

2 kediaman tahanan rumah najib ft

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mematuhi pelbagai syarat dan sekatan ketat, sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Empat syarat utama yang dikenakan oleh Lembaga Pengampunan ialah sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi, serta kewajipan menghadiri program pemulihan dan intervensi.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut mengenai syarat tersebut, Saifuddin berkata, Najib ada mengemukakan permohonan tambahan secara bertulis supaya sebuah lagi kediaman dimasukkan sebagai lokasi tambahan menjalani tahanan rumah.

Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat memenuhi permohonan tersebut kerana perkara itu bercanggah serta perintah Lembaga Pengampunan hanya menetapkan satu kediaman sebagai lokasi tahanan rumah.

Screenshot 2026 11 12 153906

 

“Buat masa ini, kita (Kementerian Dalam Negeri) terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan yang hanya menetapkan satu kediaman.

“Justeru, permohonan Datuk Seri Najib supaya kediaman kedua dimasukkan dalam syarat tambahan tahanan rumah tidak dapat kita penuhi,” katanya.

Tambah Saifuddin, Jabatan Penjara turut mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat tambahan melibatkan kawalan, penyeliaan dan tatacara pelaksanaan tahanan rumah mengikut peruntukan Akta Penjara.

Beliau berkata, kesemua syarat berkenaan telah dibacakan kepada Najib sebelum beliau dibawa keluar dari Penjara Kajang ke kediaman yang ditetapkan untuk tahanan rumah iaitu di Jalan Langgak Duta.

Sumber: TVS, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved