![Image from: [VIDEO] Tak buang plastik, terus goreng dalam minyak panas](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/minyak-makanan-1024x684.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menggoreng plastik bersama minyak panas ketika menyediakan makanan mengundang kebimbangan orang ramai selepas rakaman perbuatan itu tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, lelaki berkenaan dilihat memasukkan bungkusan plastik berisi makanan ke dalam kuali berisi minyak panas sebelum menggorengnya bersama-sama.
Perbuatan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tahap keselamatan makanan disediakan selain bimbang terhadap risiko kesihatan kepada individu yang memakannya.
Seorang pengguna mendakwa kejadian itu berlaku di Gresik, Jalan Kapten Dulasim, Indonesia.
Menurutnya, dia mengetahui lokasi berkenaan selepas melihat rakaman asal yang dikongsikan di Facebook sebelum ini.
“Eh, real (betul-betul) rupanya. Goreng plastik sekali nak bagi ekstra rangup. Masya-Allah, bahayanya,” komen seorang pengguna.
“Ya Allah, memang makin ramai lah pesakit kanser,” komen yang lain.
Sementara itu, seorang pengguna mengingatkan bahawa aspek pendidikan dan pengetahuan mengenai hukum halal dan haram juga penting dalam penyediaan makanan.
“Jangan ingat yang haram itu makan daging babi sahaja. Makan racun pun haram.
“Plastik digoreng sekali dengan minyak panas boleh jadi racun. Jadi, tukang masak pun perlu tahu hukum-hakam,” katanya.
Tambahnya, ilmu berkaitan hukum agama bukan hanya perlu dipelajari golongan agamawan, sebaliknya penting untuk semua individu tanpa mengira bidang pekerjaan.
Tindakan tersebut turut mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan makanan bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Tak buang plastik, terus goreng dalam minyak panas appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Tak kira dosa pahala ambil hak orang’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-24-at-10.59.13-1024x768.jpeg)


