Tindakan Terpuji! Lelaki Terjumpa Beg Plastik Berisi RM19,300, Pilih Serah Kepada Polis

23 Oct 2026 • 12:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tindakan Terpuji! Lelaki Terjumpa Beg Plastik Berisi RM19,300, Pilih Serah Kepada Polis

Kejujuran adalah antara sifat yang paling dihargai semua orang, apatah lagi apabila ia melibatkan wang ringgit tanpa mengira jumlahnya.

Begitulah kisah seorang lelaki, Hamid Samat, yang menemukan wang tunai berjumlah RM19,300 ketika berada di lokasi kemalangan baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Polis Daerah Setiu berkongsi kisah kejujuran Hamid yang mengambil tindakan bertanggungjawab dengan menyerahkan wang tersebut kepada pihak polis.

Lelaki Terjumpa Wang RM19,300, Pilih Serahkan Kepada Polis

Image from: Tindakan Terpuji! Lelaki Terjumpa Beg Plastik Berisi RM19,300, Pilih Serah Kepada Polis

Menurut perkongsian itu, Hamid diberikan penghargaan sebagai tanda pengiktirafan atas kejujuran dan integriti yang ditunjukkannya.

"Polis Daerah Setiu telah mengadakan penyerahan sijil penghargaan kepada seorang orang awam, Encik Hamid bin Samat, bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Setiu sebagai tanda pengiktirafan atas kejujuran dan integriti yang telah ditunjukkan oleh beliau," menurut kenyataan itu.

Menurut pihak polis, Hamid menemukan wang berkenaan di dalam sebuah beg plastik berwarna hijau berhampiran sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Baca juga:

Ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan berkenaan, beliau mengambil inisiatif menyerahkan wang itu kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.

Hasil tindakan tersebut, wang berkenaan berjaya diserahkan semula kepada waris yang berhak.

"Ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan berkenaan, Hamid telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dengan menyerahkan wang tersebut kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.

"Hasil tindakan tersebut, wang berkenaan berjaya diserahkan semula kepada waris yang berhak," katanya.

Image from: Tindakan Terpuji! Lelaki Terjumpa Beg Plastik Berisi RM19,300, Pilih Serah Kepada Polis

Dalam pada itu, Polis Daerah Setiu menyifatkan sikap sedemikian sebagai contoh yang wajar dicontohi masyarakat dalam kehidupan seharian.

Menurut pihak polis, integriti bukan sekadar nilai yang diucapkan, sebaliknya perlu dibuktikan melalui tindakan yang ikhlas dan beretika.

Majlis penyerahan sijil penghargaan itu turut dihadiri Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri bin Mohd Zain, dan Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ahmad Badrul Hisyam bin Ghazali.

Turut hadir ialah KBST, Insp. Tengku Hazlan bin Tengku Hazmi, Ketua Polis Balai Sungai Tong serta dua anggota trafik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved