[VIDEO] ‘Tak kira dosa pahala ambil hak orang’

24 Oct 2026 • 11:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Tak kira dosa pahala ambil hak orang’

PETALING JAYA – Seorang individu berang apabila makanan yang dibeli menerusi aplikasi dalam talian, telah dicuri oleh seorang kanak-kanak dipercayai warga asing yang juga jiran di sebelah rumahnya.

Menerusi hantaran Thread Yogivicharlie, dia memuat naik video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki mengambil bungkusan makanan diletakkan dalam kawasan rumahnya.

Berdasarkan rakaman, kejadian itu dipercayai berlaku pada 12.14 tengah hari semalam.

“Anak Rohingya curi parcel (bungkusan makanan) kat Kuantan. Nak pergi kerja tak tenteram. Kita geram juga, tapi memandangkan rumah penyewa wanita, memang tak boleh serang (jiran) lah.

“Dia (pelaku) akan tunggu ada motor (penghantar makanan) berhenti, terus dia keluar. Kitorang kerja, tadi saja balik perhati dari jauh,” kata Yogivicharlie pada hantaran itu.

Hantaran mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mengecam perbuatan mencuri berkenaan.

“Itu makanan kan, macam dia dah lama aim (sasarkan) je ni,” komen Taufikrazali.

“Boleh ke lempang kalau macam ni,” kata H.sha.

“Oh tak pelik lah, dulu suami letak susu anak dalam bakul motor kat parking. Saya turun lambat dari tingkat dua, dengan tangan kiri sakit carpal tunnel, nak urus bayi dan dukung ke bawah. Eh hilang susu tu, sedih betul. Dah lah masa tu tengah sesak, masa PKP. Diorang ni pantang nampak, tak ada kira dosa pahala ambil hak orang,” komen Aliphjolie. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Tak kira dosa pahala ambil hak orang’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved