[VIDEO] ‘Tak lama lagi jadi mat rempit’

15 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Tak lama lagi jadi mat rempit’

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam kumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya sehingga pukul 3 pagi, sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk yang sedang tidur.

Menerusi video dan gambar dikongsikan pengguna Threads @Mhddhyakk, kejadian itu berlaku di Nilai, Negeri Sembilan pada awal pagi tadi yang memperlihatkan kumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya.

Dalam masa sama, kelihatan tiga motosikal turut mengekori kumpulan yang sedang menunggang basikal lajak itu.

“Menyusahkan, bangun pukul 3.11 pagi untuk ini. Sumpah dah pusingan kali keenam,” menurut kapsyen pada video @Mhddhyakk.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang mengecam perbuatan tersebut selain mempersoalkan ibu bapa atau penjaga sama ada mereka menyedari anak masing-masing keluar rumah sehingga awal pagi.

“Tak lama lagi jadi mat rempit,” marah pengguna Threads @Zmsyhm.

“Sebagai seorang penunggang basikal, saya cakap ni mak bapa yang salah, kalaulah ada mak bapa. Kadang-kadang mereka ini tak ada mak bapa, tinggal dengan penjaga yang tidak bertanggungjawab,” komen @Ariffau.

“Pantang ada jalan lurus sikit,” kata @Farisfafu. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Tak lama lagi jadi mat rempit’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved