[VIDEO] ‘Tak payah keluar rumah la 4 hari ni…’

2 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Tak payah keluar rumah la 4 hari ni…’

PETALING JAYA – “Tak payah keluar rumah la empat hari ni.”

Itu luahan seorang lelaki yang mendedahkan terpaksa berdepan kesesakan sejauh 11 kilometer (km) dari rumahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Individu itu berkata, dia mengambil masa sehingga satu jam setengah untuk tiba susulan kesesakan berkenaan dan mendakwa susulan daripada penganjuran Formula Satu (F1) di Sepang.

Menerusi hantaran itu, dia yang menggunakan profil @Edy_ferdaus di media sosial berkata, perjalanan pulang juga memerlukan dirinya membuat pusingan melalui Tol Serenia.

“Rumah dengan KLIA 11 km, tapi nak sampai KLIA sejam setengah. Nak balik kena pusing Tol Serenia. F1 punya penangan,” katanya.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian pengguna media sosial yang turut berkongsi situasi serupa.

“Kalau boleh mana yang kena lalu jalan Sepang ni elakkan, cari alternatif lain. Semoga dipermudahkan perjalanan semua orang,” ujar @M.a.d2505.

“Ya, aku pun sama dekat situ. Pengurusan trafik memang teruk. Tak ada papan tanda fasal laluan kontra dan sebagainya. Kasihan polis nak kena terangkan satu-satu,” komen @Aku_azrul.

“Saya cuti je hari ni. Tak sanggup nak hadap kesesakan pergi dan balik,” kongsi @Anie5786. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Tak payah keluar rumah la 4 hari ni…’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved