[VIDEO] Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'

8 Oct 2026 • 4:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'

Demikian kata Norimah Khamis,40, ibu saudara kepada tiga beradik yang maut dalam nahas membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj di sini pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799540/berita/semasa/tiga-beradik-maut-saya-nampak-jasad-bergelimpangan-abang-paling-parah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #TigaBeradik #Maut">
Image from: [VIDEO] Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'
Norimah (kanan) dan Nor Daniel Irfan (dua dari kanan) ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian pada Khamis.
Image from: [VIDEO] Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'
Norimah dan Nor Daniel Irfan

PONTIAN- "Bila tiba di lokasi, saya nampak jasad bergelimpangan. Abang mereka pula memang parah."

Demikian kata Norimah Khamis,40, ibu saudara kepada tiga beradik yang maut dalam nahas membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj di sini pada Khamis.

Norimah antara yang terawal tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mereka terbabit kemalangan.

Tiga beradik maut: Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

"Adik saya telefon dia beritahu Echa (Puteri Naufal Raisya Norlizan, 8), sudah tiada, abang dia (Nor Daniel Aiman, 18) pula kritikal

"Saya terus ke lokasi dimaklumkan dan apabila tiba, saya nampak seorang kat sana, seorang di sini (atas jalan)... mereka mungkin tercampak.

"Tidak lama kemudian, barulah saya tahu ketiga-tiga anak saudara saya sudah tiada," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian.

Menurut Norimah, lokasi kejadian hanya kira-kira 200 meter dari rumah keluarga mangsa dan mereka ketika itu dikatakan sudah hampir tiba di kediaman.

Beliau berkata, ketiga-tiga beradik itu dalam perjalanan pulang selepas ke sekolah sebelum motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan.

Tambahnya, seorang daripada mangsa, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, tahun aktif dalam sukan dan ibunya baru membeli kasut bola pada minggu lalu.

Sementara itu, abang mangsa, Nor Daniel Irfan Norlizan, 19, menyifatkan ketiga-tiga adiknya itu seorang yang ceria dan kerap membantu ibu mereka.

Nor Daniel yang merupakan anak kedua daripada enam beradik tinggal di rumah nenek mereka di Kampung Puteri Menangis, Benut dan kini sedang belajar di Kolej Tingkatan Enam.

"Aiman minat membaiki enjin dan mahu lanjutkan pengajian di Giat Mara. Dia banyak tolong ibu di rumah termasuk hantar adik-adik ke sekolah. Ibu patah tangan empat bulan lalu ketika hantar adik ke sekolah," ujarnya.

Ketiga-tiga jenazah dijangkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved