Sering minta duit dipercayai punca dibunuh adik mental

4 Oct 2026 • 10:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sering minta duit dipercayai punca dibunuh adik mental

KUALA TERENGGANU – Tidak puas hati abang kerap meminta wang daripada ahli keluarganya dipercayai punca pergaduhan dua beradik yang membawa kematian salah seorang daripada mereka di Kampung Banggol Tasik, Bukit Payung, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dipercayai akibat dipukul objek keras oleh adik lelakinya yang merupakan orang kurang upaya kategori mental.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, siasatan awal juga mendapati mangsa yang merupakan tukang rumah mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

“Siasatan awal percaya suspek lama memendam perasaan tidak puas hati kerana abangnya sering meminta wang daripada ahli keluarganya.

“Semalam kemarahannya dikatakan meledak hingga sanggup mengambil tindakan demikian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang tukang rumah maut dipercayai akibat kepalanya dipukul adik lelakinya dengan tukul.

Mohd. Khairi berkata, insiden sama turut menyebabkan adik perempuan mereka berusia 36 tahun cedera kerana cuba meleraikan pertengkaran terbabit.

Beliau berkata, wanita itu yang kini dirawat di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, patah ibu jari kanan, luka belakang kepala dan limpanya cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

The post Sering minta duit dipercayai punca dibunuh adik mental appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved