[VIDEO] Treler Rempuh Beberapa Kereta di Checkpoint Woodlands, Tambak Johor Alami Kesesakan

LocalCars
7 Jul 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal pagi tadi, satu kejadian telah berlaku di Tambak Johor berdekatan dengan Checkpoint Woodlands apabila beberapa buah kereta katanya telah mengalami kemalangan teruk selepas dirempuh sebuah treler.

Menurut The Straits Times, pihak Immigration and Checkpoints Authority (ICA) Singapura melaporkan bahawa 2 daripada 3 lorong di tambak tersebut telah terhalang kerana kemalangan berkenaan.

image is not available

Menerusi beberapa buah video yang tular di Twitter, dapat dilihat kejadian tersebut berlaku selepas sebuah treler hilang kawalan lalu merempuh beberapa kereta di hadapannya sehingga salah satu darinya hampir tersepit di antara dua kenderaan.

Kedengaran juga di video tersebut perakam mengatakan bahawa treler berkenaan berkemungkinan mempunyai masalah brek. Aduhai…

Menurut laporan ICA, pengembara yang ingin memasuki Singapura bakal berhadapan dengan kesesakan dan penunggang motosikal dinasihatkan mendapatkan update terkini mengenai kejadian berkenaan di laman Facebook ICA.

Harap tiada kemalangan jiwa lah dilaporkan. Risau dua tiga hari ni banyak sangat kemalangan berlaku.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.