Video Tular Anggota JPJ Tahan Penunggang Motosikal Insiden Lama

30 Mar 2025 • 5:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aedy Fadly Ramli - Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sebuah video berdurasi kira-kira empat minit yang memaparkan dua anggotanya menahan seorang penunggang motosikal sebagai kejadian terbaharu, sebaliknya mengesahkan insiden itu berlaku pada 2020.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan tatatertib telah diambil terhadap kedua-dua anggota terbabit.

Beliau sehubungan itu menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan.

"Pihak JPJ telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menghentikan penyebaran video itu dan tindakan yang sewajarnya.

"Orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan pihak JPJ bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved