Video tular bongkar detik awal kekecohan Kuching City-Selangor?

LocalFootball
9 Nov 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Video tular bongkar detik awal kekecohan Kuching City-Selangor?
Tangkap layar video yang didakwa memaparkan detik awal tercetusnya kekecohan membabitkan pemain dan barisan kejurulatihan Kuching City FC serta Selangor FC.

SATU  rakaman video yang tular di media sosial didakwa memaparkan detik awal tercetusnya kekecohan membabitkan pemain dan barisan kejurulatihan Kuching City FC serta Selangor FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA, malam Ahad.

Rakaman berkenaan mula dikongsikan secara meluas oleh peminat bola sepak tempatan yang turut memberikan pelbagai pandangan mengenai insiden itu.

Kekecohan dipercayai bermula selepas Kuching City memperoleh jaringan menerusi gol sendiri pemain Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi, sekali gus membantu pasukan tuan rumah menang dengan agregat 3-2 untuk mara ke final.

Dalam insiden itu, ketika pemain Kuching City meraikan jaringan berkenaan, seorang pemain tuan rumah dilihat menghampiri ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, sebelum tercetus pertengkaran antara kedua-dua pasukan.

Keadaan kemudian semakin tegang di kawasan bangku simpanan sehingga pengadil perlawanan, Izwan Abdullah, melayangkan kad merah kepada jurulatih kecergasan Selangor, Joel Dones.

Kuching City bakal berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), pada aksi final yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved