Terkini kontroversi Piala FA: Ini punca sebenar pergaduhan Kuching City-Selangor?

FootballSports
9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terkini kontroversi Piala FA: Ini punca sebenar pergaduhan Kuching City-Selangor?

Telah tular di media sosial satu video didakwa berkemungkinan besar punca kontroversi kekecohan para pemain dan barisan kejurulatihan Kuching City dan Selangor dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Media sosial mula bergegar apabila peminat tempatan mula berkongsikan kejadian tersebut dengan pelbagai pandangan peribadi. 

Tampanan sendiri yang tidak disengajakan oleh Mukhairi Ajmal Mahadi memberikan kemenangan buat The Cats menerusi agregat 3-2, sekali gus mara ke final bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nanti. 

Satu pasukan meraikan jaringan tersebut, namun terdapat seorang pemain tuan rumah yang menghampiri ketua jurulatih Gergasi Merah, Kim Pan-gon, lalu tercetus pergaduhan antara kedua-dua pasukan. 

Situasi semakin memuncak di bangku simpanan dan mendorong pengadil, Izwan Abdullah, melayangkan kad merah ke atas jurulatih kecergasan Selangor, Joel Dones.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved