Video tular dedah Festival Tanglung di Cherating sebabkan pencemaran pantai

LocalEnvironment
17 Sep 2025 • 4:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah video tular di media sosial mengundang perhatian ramai apabila memaparkan keadaan pantai Cherating yang kotor selepas penganjuran festival tanglung di kawasan tersebut.

Rakaman berdurasi 34 saat itu menunjukkan kain-kain tanglung bersepah di sepanjang pesisir pantai selain sisa dawai dan kayu buluh halus yang tertinggal di pasir. Situasi itu menimbulkan kebimbangan netizen mengenai kesannya terhadap hidupan laut seperti penyu.

Seorang pengguna TikTok yang merakam keadaan tersebut meluahkan rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku.

“Inilah harga yang perlu ditanggung oleh komuniti peluncur di sini demi satu malam hiburan tanglung,” katanya.

@kamsurf.com

This is the price our surfer village has to pay for one fun lantern night…#ocean #oceanx #naturelover #malaysiasurfing#surfingmalaysia

♬ original sound – Kam

Baca juga:

Ramai netizen turut menzahirkan rasa kecewa kerana festival berkenaan didakwa tidak mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar. Ada juga yang mendakwa bahawa acara seumpama ini pernah dianjurkan di Langkawi sebelum ini tetapi akhirnya dihentikan selepas menerima kritikan hebat.

“Tolong la hentikan acara macam ni. Memang tak mesra alam,” kata netizen.

Rata-rata menggesa pihak penganjur lebih bertanggungjawab dan pihak berkuasa menilai semula penganjuran festival tanglung di kawasan pantai agar insiden sama tidak berulang.