Peniaga Bazaar Di Terengganu Dikecam Pakai Uniform Ala Komun*s Semasa Meniaga

Entertainment
18 Nov 2024 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video tular dalam menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia baru-baru ini, video tersebut memperlihatkan seorang penjual di sebuah bazar di Kuala Terengganu, memakai pakaian ala tentera dengan logo bintang merah yang dikaitkan dengan ideologi komunis.

Dalam video itu, kelihatan seorang individu sedang mengendalikan kuali pemanggang sambil memakai pakaian seragam tentera. Ia seperti satu gambaran biasa dipakai oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Difahamkan, logo bintang yang dipakai itu merupakan logo yang dipakai oleh pemberontak komunis semasa Darurat Malaya dari 1948 hingga 1960.

Selepas beberapa saat, kelihatan beberapa individu lain di gerai, terdapat dua orang lagi berpakaian kostum, seorang berpakaian ala Arab dan seorang lagi sebagai penduduk kampung cara lama.

image is not available

Berdasarkan perkongsian di TikTok, lokasi gerai tersebut ialah di Dapo Pata Kontena, terletak di Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu.

Dalam video itu juga, terdapat beberapa gerai di bazaar itu dengan tema yang unik, dan berdasarkan kostum yang dipakai oleh individu dalam video tersebut, gerai tersebut berkemungkinan bertemakan filem klasik P. Ramlee.

image is not available

Menjengah ke ruanagn komen di X, ramai rakyat Malaysia mengkritik lelaki itu kerana memakai pakaian tentera komunis, mengatakan bahawa dia sepatutnya menyedari betapa sensitifnya pakaian seragam itu di negara kita.

Bahkan, ada yang berkata bahawa seseorang itu sepatutnya menegur individu tersebut kerana memakai kostum itu, kerana dia sepatutnya tahu betapa sensitifnya logo komunis di Malaysia.

image is not available image is not available

Selain itu, ada yang anggap mungkin lelaki itu ingin mengingatkan orang ramai bahawa pemberontak komunis cuba menguasai Malaysia pada masa lalu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.