(VIDEO) Tular Sekumpulan Geng Mat Rempit Guna Dua ‘Lane’ Lawan Arus, Netizen Luah Rasa Bimbang

7 Aug 2024 • 4:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular rakaman memaparkan sekumpulan geng mat rempit menunggang motosikal melawan arus sehinggakan hanya lorong tengah sahaja yang dapat digunakan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi rakaman itu, geng mat rempit tersebut dilihat memenuhi lorong kiri dan kanan jalan seperti ada acara khas yang diadakan. Tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku namun video tersebut telah meraih pelbagai komen dan reaksi warganet di media sosial.

image is not available

Meskipun mendapat respon positif di TikTok namun lain pula di aplikasi X di mana ramai netizen mengutuk dan mengecam tindakan mereka ini.

Rata-ratanya meluahkan kebimbangan tentang masa depan negara dan sesetengah netizen turut mengkritik pihak yang menyokong tindakan geng mat rempit ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Lelaki Kongsi ‘Pomen’ Kerja Jujur, Tak ‘Tekan’ Pelanggan Harga Baiki Kereta - “Jimat Rm700!”