Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…

Entertainment
7 Aug 2024 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan geng rempit menunggang motosikal secara melawan arus dengan menggunakan dua lorong sekaligus menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa menggunakan lorong tengah sahaja.

Video yang berdurasi 38 saat itu telah mencetuskan kemarahan netizen kerana situasi tersebut mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Lari dari operasi polis

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan IPD Seberang Perai Utara, kejadian yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Luar Kulim Butterworth (BORR) adalah kerana melarikan diri daripada operasi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman memberitahu berdasarkan video tular tersebut, siasatan mendapati ia berlaku sewaktu operasi kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.

“Penunggang motosikal didapati telah menunggang secara bahaya dengan melawan arus di kawasan BORR di Bagan Ajam dari arah Plaza Tol ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

“Ia adalah bagi mengelak diri mereka ditahan polis yang mengadakan operasi membanteras kegiatan samseng jalanan pada ketika itu,” katanya.

Katanya, dalam operasi berkenaan polis menahan seorang penunggang motosikal dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya serta menyita 25 motosikal atas pelbagai kesalahan.

Sumber: Facebook, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.