(VIDEO) Tun M Luah Rasa Kehilangan Kepada Sultan Pahang – “Saya Tak Sangka Dia …”

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 5:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa tidak menyangka isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pergi buat selama-lamanya kerana sebelum itu beliau kelihatan berada dalam keadaan baik.

Luahan tersebut dikongsikan Tun Mahathir ketika berbual ringkas bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkunjung ke kediamannya di Seri Kembangan, semalam.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya tak sangka dia meninggal hari ini (semalam). Dia nampak baik sahaja.”

Turut berangkat sama ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Facebook Tun Mahathir, beliau turut mengucapkan terima kasih atas keberangkatan keluarga diraja Pahang untuk menziarahinya.

“Datang dari Pahang? Terima kasih lah.”

Dalam pertemuan sama, Al-Sultan Abdullah turut menitipkan pesanan kepada Tun Mahathir supaya menjaga kesihatannya.

“Tun kena jaga diri, Tun,” titah baginda.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September pada usia 100 tahun. Jabatan Perdana Menteri sebelum itu memaklumkan Allahyarham diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Allahyarham kemudiannya selamat dikebumikan berhampiran pusara Allahyarham Tun Endon Mahmood.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: (VIDEO) Tun M Luah Rasa Kehilangan Kepada Sultan Pahang – “Saya Tak Sangka Dia …”2026-09-29 16:23:06

"Ayah Rasa Sangat Keseorangan Sekarang" - Marina Kongsi Keadaan Terkini Tun Mahathir Selepas Kehilangan Isteri Tercinta

The post (VIDEO) Tun M Luah Rasa Kehilangan Kepada Sultan Pahang – “Saya Tak Sangka Dia …” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved