[VIDEO] UMNO mahu 'Kerajaan Perpaduan', bukan 'Kerajaan Madani' - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] UMNO mahu 'Kerajaan Perpaduan', bukan 'Kerajaan Madani' - Asyraf Wajdi
Image from: [VIDEO] UMNO mahu 'Kerajaan Perpaduan', bukan 'Kerajaan Madani' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi ketika sidang akhbar di Laman Media sempena PAU 2026 di WTCKL pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - UMNO mahu pentadbiran negara kekal dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, selaras dengan perjanjian asal pembentukan kerajaan yang dipersetujui dalam Perkara 18.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggunaan gagasan Malaysia Madani sebagai wawasan atau 'war cry' tidak menjadi persoalan, namun penonjolan istilah 'Kerajaan Madani’ berbanding Kerajaan Perpaduan dilihat tidak selari dengan kesepakatan awal.

Menurutnya, Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mengandungi 18 perkara jelas menetapkan nama Kerajaan Perpaduan Malaysia.

"Daripada awal lagi disebutkan supaya kita harus menghormati perkara yang termaktub dalam perjanjian.

"Kerajaan ini bukan kerajaan satu parti. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri), sebuah perjanjian melibatkan 18 parti dimaktubkan dan dinamakan Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya pada sidang akbar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi menegaskan, kedudukan kerajaan sebagai gabungan pelbagai parti turut membawa implikasi terhadap cara pentadbirannya.

Malah menurutnya, Perdana Menteri perlu sentiasa mengadakan rundingan dan konsultasi dengan semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Ini bukan seperti kerajaan sebelum-sebelum ini yang mempunyai majoriti mutlak 112 (kerusi Parlimen) boleh dikatakan Perdana Menterinya merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh satu parti.

"Tetapi apabila kerajaan itu adalah Kerajaan Perpaduan, kerajaan yang bersatu, maka konsultasi mesti dibuat untuk semua ahli-ahli parti tersebut," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved