[VIDEO] Viral ‘Drummer’ Kacak Dewa 19, Rupanya Usia Dah Cecah 52 Tahun!

Entertainment
12 Sep 2022 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Jumaat dan Sabtu lepas (9 & 10 September) telah berlangsungnya Konsert Dewa 19 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang mana dihadiri oleh ribuan peminat band tersebut yang digelar baladewa dan baladewi.

Sungguhpun persembahan hebat dari Ahmad Dhani dan ahli kumpulannya telah cukup memukau peminat di stadium itu, ada lagi satu ‘daya penarik’ di konsert berkenaan yang berjaya mencairkan hati-hati gadis semasa di sana.

image is not available

Drummer Dewa 19 Tyo Nugros tarik perhatian

Menerusi beberapa video dari TikTok milik netizen yang hadir di konsert berkenaan, ramai yang berkongsi telah jatuh hati pada drummer band itu yang dikenali sebagai Tyo Nugros.

Dek kerana ketampanannya, ramai di kalangan netizen memuat naik aksi Tyo mengetuk drum dengan bersahaja tanpa mengetahui bahawa drummer itu rupanya sudah berusia baya-baya bapa mereka!

Menerusi hasil carian admin di internet, Tyo Nugros ini rupanya sudah berusia 52 tahun dan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan arkitek bernama Dee Adnan. Teman wanita Tyo ini pun boleh tahan cantik juga orangnya ya!

“Dari dulu sampai sekarang, paling helok”

Video berkenaan drummer tersebut telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang mana rata-rata kagum dengan ketampanannya walaupun sudah berusia 50-an. Apalah yang dia amalkan ye sebab nampak awet muda sentiasa!

image is not available

Tak tidur malam lah ye siapa yang dapat drum stick dari Tyo tu… hiks!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.