“Si hamak dah minta maaf” – Cik Epal dedah sebab tarik balik saman RM1 juta terhadap Dewi

23 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal menjelaskan keputusan menarik semula saman terhadap Emira Delyati Dewi dibuat selepas wanita berkenaan memohon maaf kepadanya.

Image from: “Si hamak dah minta maaf” – Cik Epal dedah sebab tarik balik saman RM1 juta terhadap Dewi

Menurut Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, permohonan maaf tersebut sememangnya menjadi perkara yang diharapkan sejak awal, sekali gus menyebabkan beliau memilih untuk tidak meneruskan tindakan berkenaan.

“Sebab si hamak dah mintak maaf. Dari dulu saya nak dia minta maaf je,” katanya.

Cik Epal berkata, perkara utama yang diingininya sejak awal bukanlah untuk memanjangkan konflik, sebaliknya mendapatkan permohonan maaf daripada pihak terbabit.

Pada Ogos lalu, nama Cik Epal kembali menjadi perhatian selepas tindakan saman berjumlah RM1 juta yang difailkannya terhadap Emira Delyati Dewi ditarik balik.

Penarikan saman berkenaan dibuat susulan persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak, sekali gus menamatkan tindakan undang-undang yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Image from: “Si hamak dah minta maaf” – Cik Epal dedah sebab tarik balik saman RM1 juta terhadap Dewi

Dalam perkembangan berkaitan, bekas suami Cik Epal, Jofliam menerusi satu hantaran di Instagram sebelum ini memaklumkan bahawa hak hadanah bagi dua anak mereka diberikan kepadanya selaku bapa kandung.

Jofliam turut menjelaskan bahawa pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan yang dikemukakan sebelum ini, selain kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.

Artikel lain: Jofliam menang hak hadanah! Cik Epal balas – “Anak bukan barang dagangan”

Sebagai rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, selepas 10 tahun membina kehidupan bersama, pasangan berkenaan akhirnya berpisah dan perkembangan berkaitan keluarga mereka terus menjadi perhatian umum.

Sumber: Threads cikepal06

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved