Video Warga Asing Kongsi Tentang Kehidupan Di Malaysia Curi Perhatian Netizen - “Macam Fattah Amin”

15 Nov 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Satu hantaran memaparkan seorang lelaki menemu bual seorang individu warga asing tular di TikTok baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, lelaki warga asing yang berasal dari Bangladesh tersebut menyatakan bahawa dirinya telah menetap di Malaysia selama sembilan tahun. 

Dalam sesi temu bual itu juga lelaki berkenaan sempat berkongsi berkaitan pendapatannya yang mencecah sehingga RM3,000 sebulan di samping mempunyai seorang teman wanita yang merupakan warga Malaysia.

Netizen cakap macam Fattah Amin

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila netizen mendakwa rupa paras lelaki mirip dengan pelakon, Fattah Amin.

 

 

 

Sekadar info, nama Fattah Amin kembali hangat diperkatakan selepas memegang status duda.

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Fattah dan Fazura telah merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.