Video Zahnita Wilson Buat Kempen Bersihkan Pantai Tular Semula, Netizen Sebak - “Sangat Cantik Sebelum…”

5 Dec 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebelum ini kecoh tentang pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Tular semula

Terbaharu, menerusi  hantaran di TikTok, satu video tular mengimbas kembali kemurniaan hati selebriti tersebut yang melakukan kempen membersihkan sampah di pantai.

Dalam hantaran singkat itu, Zahnita berkongsi tentang keluarga dan rakan-rakannya yang turut serta untuk merealisasikan kempen tersebut.

“Saya sedang melakukan kempen alam sekitar tahun ini. Saya mulakan pembersihan bermula di Pantai Remis.

“Jiran-jiran, kawan sekolah dan keluarga turut menyokong saya untuk membersihkan pantai,” ujar Zahnita dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak melihat perubahan fizikal yang dialami oleh model itu susulan terlibat dalam keganasan rumah tangga.

“Wanita kalau di tangan yang salah. Hancur semuanya, muka dia sekarang nampak sangat derita, sedihnya.

“Punya elok dia ni, apa lah yang suami dia nak lagi.

“Sangat cantik sebelum berkahwin," komen beberapa netizen.

 

Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.

Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.