Vipers FC penggerak sukan komuniti, cungkil bakat muda bola sepak

LocalFootball
25 Oct 2026 • 5:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Vipers FC penggerak sukan komuniti, cungkil bakat muda bola sepak

SERI SERDANG: Kelab bola sepak Vipers FC terus memainkan peranan sebagai penggerak sukan komuniti dalam usaha mencungkil bakat baharu serta membangunkan pemain muda menerusi program bola sepak akar umbi khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Azmi berkata, usaha berterusan kelab itu bukan sahaja membuka peluang kepada pemain muda mengembangkan potensi, malah membantu memperkukuh pembangunan sukan bola sepak di peringkat komuniti.

Beliau berkata, perkembangan Vipers FC yang semakin positif, khususnya dari segi penganjuran program, penyertaan dan mutu permainan serta hadiah yang ditawarkan, membuktikan komitmen kelab itu dalam memajukan sukan berkenaan.

“Saya sangat bangga dengan prestasi Vipers FC. Dari hari ke hari, saya mendapat maklumat bahawa jemputan dan penganjuran setiap tahun semakin baik, termasuk dari segi permainan, hadiah dan sebagainya.

“Kita berbangga dengan adanya aktivis sukan yang sanggup meluangkan masa, tenaga, idea dan wang ringgit semata-mata untuk mencungkil bakat serta membangunkan sukan akar umbi,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah bagi Liga Vipers Super Sunday 2026 kategori bawah 12 tahun, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Majlis MBSJ Zon 19, Saidin Awang.

Image from: Vipers FC penggerak sukan komuniti, cungkil bakat muda bola sepak
ABBAS Azmi menunjukkan piala YB Abbas Azmi bagi juara Vipers Super Sunday 2026.

Penganjuran edisi tahun kelima oleh Vipers FC itu menyaksikan pasukan Red Phanter A muncul juara bagi divisyen 1 dan pasukan HUFC juara bagi divisyen 2 dalam perlawanan menentang 14 pasukan.

Image from: Vipers FC penggerak sukan komuniti, cungkil bakat muda bola sepak
PASUKAN Red Phanter A juara bagi divisyen 1.

Abbas berkata, peranan penggerak sukan komuniti amat penting dalam memastikan lebih ramai anak muda mendapat peluang menceburi bidang sukan, khususnya bola sepak yang menjadi antara sukan kegemaran rakyat di negara ini.

Image from: Vipers FC penggerak sukan komuniti, cungkil bakat muda bola sepak
PASUKAN HUFC juara bagi divisyen 2.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha menaik taraf kemudahan padang di kawasan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat, terutama kelab bola sepak yang menggunakan fasiliti itu untuk latihan dan penganjuran aktiviti sukan.

Beliau berkata, pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah memperoleh peruntukan khas bagi menaik taraf padang berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan sekitar Januari atau Februari tahun depan, sekali gus menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk aktiviti sukan komuniti.

Menurutnya, penambahbaikan kemudahan sukan secara berterusan penting bagi memastikan kawasan berkenaan dapat dimanfaatkan dengan lebih baik oleh masyarakat, di samping menyokong usaha kelab seperti Vipers FC melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berpotensi. – UTUSAN

The post Vipers FC penggerak sukan komuniti, cungkil bakat muda bola sepak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved