Viral di TikTok! Aksi Tengku Hassanal tawan Kinabalu, mesra rakyat tarik perhatian

LocalLifestyle
13 May 2026 • 10:58 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Viral di TikTok! Aksi Tengku Hassanal tawan Kinabalu, mesra rakyat tarik perhatian

KEBERANGKATAN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melakukan pendakian Gunung Kinabalu, Sabah menjadi perhatian warganet.

Perjalanan baginda diikuti rapat warga maya melalui siaran langsung atau 'live' di laman sosial Tiktok.

Kesultanan Pahang berkongsi ekspedisi pendakian gunung tertinggi di dan Asia Tenggara Malaysia itu adalah bersempena Ekspedisi Mahkota Borneo.

Image from: Viral di TikTok! Aksi Tengku Hassanal tawan Kinabalu, mesra rakyat tarik perhatian

Terkenal dengan sifat rendah diri, kesederhanaan, Tengku Hassanal dilihat tidak kekok bercampur dengan rakyat biasa, santai melayan sapaan pendaki dan mesra memenuhi permintaan untuk merakam foto kenangan.

Pendakian berkenaan memakan masa selama dua hari satu malam dan para pendaki bermalam di Panalaban sebelum menawan ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut itu.

Berani! Tengku Hassanal lakar sejarah terjun bebas ketinggian 10,000 kaki 

Image from: Viral di TikTok! Aksi Tengku Hassanal tawan Kinabalu, mesra rakyat tarik perhatian
Foto: Ihsan TikTok editzzby_ah

Pendakian tersebut dikongsikan oleh porter Gunung Kinabalu, Jerry Junim melalui satu akaun Tiktok dengan hampir 13,000 tontonan.

Siaran langsung itu memperlihatkan sebahagian suasana sepanjang pendakian yang disertai Tengku Mahkota Pahang bersama pasukan termasuk para pendaki lain menuju puncak Kinabalu.

Selain itu, melalui bebeberapa video lain yang dikongsi di platform sama, baginda dilihat santai melayan sapaan pendaki sepanjang perjalanan mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu.

Image from: Viral di TikTok! Aksi Tengku Hassanal tawan Kinabalu, mesra rakyat tarik perhatian
Foto: Ihsan Kesultanan Pahang

Menerusi satu hantaran, putera diraja Pahang itu dipercayai sudah menjejaki Puncak Kinabalu atau Low's Peak.

Tengku Mahkota Pahang memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu pada Selasa sempena Ekspedisi Mahkota Borneo.

Sekadar info, Tengku Hassanal mengetuai rombongan pendakian disertai 56 peserta terdiri pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

View Original Article