Bertengkar Dengan Isteri Dalam Pasar Raya, Suami Campak Barang Terbalikkan Troli

5 Jun 2025 • 10:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular satu rakaman memaparkan situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya yang didakwa berpunca akibat berlakunya ketidaksefahaman.

Suami gaduh dengan isteri dalam pasar raya

@saudagartanpanama

Sesekali jadi nitizen.. Tacottt tacot fyp rosyammall rosyammart

♬ original sound – Saudagar Tanpa Nama – Saudagar Tanpa Nama

Menerusi beberapa hantaran di TikTok @saudagartanpanama, lelaki itu dilihat berang melemparkan segala barangan di dalam troli yang ingin dibeli bagi membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Awak ambil balik semua barang tu, saya memang nak semua barang ni. Raya dah nak dekat, awak jangan nak pandai-pandai,” jerit isteri kepada lelaki itu.

image is not available

Lelaki yang didakwa sudah bergelar bapa itu turut bertindak agresif menterbalikkan troli sebelum keadaan dapat dikawal dan ditenangkan oleh para pekerja di pasar raya terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa ingin tahu punca pergaduhan itu berlaku dan menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati memilih suami dalam mendirikan rumah tangga.

Kalau miskin tak perlu kahwin

image is not available

Tua pun buat perangai

image is not available

Malah ada juga netizen menganggap ia hanya satu lakonan yang dilakukan atas dasar ‘content’ bagi mempromosikan pasar raya itu menjelang Aidiladha.

Lakonan ke ni?

image is not available

Cerita betul ke?

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut tersebut telah menerima lebih 5.4 juta tontonan dan meraih lebih 175,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Saudagar Tanpa Nama