
Selepas lebih dua tahun dilancarkan, Apple Vision Pro akhirnya menerima aplikasi YouTube rasmi daripada Google. Aplikasi menyokong penstriman video standard, 180 darjah dan juga 360 darjah secara natif. Pada Vision Pro dengan cip Apple M5, ia turut boleh menstriman video pada resolusi 8K.

Sebelum ini pemilik Vision Pro hanya boleh menonton kandungan YouTube menggunakan pelayar web Safari sahaja. Dahulu Google mengatakan aplikasi tidak akan dibangunkan kerana jumlah pengguna yang rendah. Selain Google aplikasi Netflix, dan Spotify, juga tidak ditawarkan untuk sistem operasi VisionOS.

