Vivo Membentuk Makmal Robotik – Akan Bangunkan Produk Robotik Untuk Kegunaan Peribadi Dan Di Rumah

TechnologyDigital
27 Mar 2025 • 12:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo hari ini mengumumkan mereka telah menubuhkan makmal sebuah makmal baharu, dinamakan Vivo Robotics Lab. Melaluinya, VIvo akan menggunakan kepakaran dan kelebihan mereka dalam sejumlah arena, termasuk kecerdasan buatan, pengimejan, perkomputeran spatial dan beberapa yang lain, sekaligus membangunkan dua perkara teras, iaitu “minda” dan juga “mata” untuk robot.

image is not available

Ini sekaligus dijangka menjadi teras utama, membawa kepada Vivo memfokuskan pembangunan robot dalam pasaran pengguna, termasuk untuk penggunaan peribadi dan juga di rumah.

Buat fasa awal ini, Vivo akan membangunkan pelbagai inovasi melibatkan senario kehidupan harian, serta menyelesaikan masalah utama pengguna awam. Selari dengannya juga, Vivo mengatakan Vivo Vision turut akan memainkan peranan utama dalam penggunaan sejumlah teknologinya dalam integrasi pembangunan robotik ini.

Buat masa ini, Vivo tidak memberikan sebarang latar masa berkenaan pengenalan robot ini.