
Berita mengenai kamera kompak berasaskan gimbal yang sedang dibangunkan Vivo kini semakin menarik. Ia disasarkan untuk menyaingi produk DJI khususnya siri Osmo Pocket sekali gus kewujudannya kelak jelas ditujukan kepada mereka yang mahukan kamera kompak dengan gimbal terbina.

Maklumat tular terkini mengatakan produk tersebut mungkin dinamakan sebagai Vivo Pocket. Spesifikasi utama disebutkan termasuk penggunaan sensor besar 1/1.1 inci bersama sensor Sony LYT-901 200MP.
Ini bermakna ia direka dengan pendekatan setaraf sistem kamera telefon pintar mercu di mana sesuatu yang tidak mengejutkan memandangkan Vivo mempunyai siri mercu yang fokus terhadap sistem kamera.
Jadual pelancaran asalnya dijangka muncul pada September tetapi ditunda ke hujung tahun kerana pesaing turut membangunkan produk serupa. Misalnya, Oppo sedang membangunkan projek yang sama manakala Huawei dijangka menyusul sekitar tahun 2027.

Cuma persoalan timbul mengenai arah tuju Honor, kerana mereka sudah memperkenalkan Robot Phone dengan gimbal terbina semasa MWC 2026. Namun begitu status lanjut mengenai penawaran peranti tersebut masih belum jelas memandangkan tiada kemas kini selepas itu.


