DJI Osmo Mobile 8P telah dilancarkan secara global semalam dan turut ditawarkan di Malaysia dengan beberapa pilihan pakej. Harga bermula daripada RM569 untuk pakej Standard Combo, manakala pakej Advanced Track Combo dijual pada harga RM695 dan pakej Creator Combo pula berharga RM795. Produk ini boleh didapati melalui DJI Malaysia serta pengedar rasmi terpilih.

Osmo Mobile 8P hadir sebagai gimbal kamera dengan modul paparan boleh tanggal yang dipasang secara magnetik dan berfungsi sebagai alat kawalan jauh nirwayar. Skrin kawalan terbina memaparkan pandangan kamera secara langsung, memudahkan pemilihan subjek.

Osmo Mobile 8P turut dilengkapi dengan tuil kawalan bebas arah yang menjadikan kawalan gimbal lebih mudah, kemampuan zoom lebih lancar serta pelarasan pencahayaan yang fleksibel. Ciri pintar Smart Follow 8.0 memberikan penjejakan subjek yang lebih stabil manakala Tracking Module 2 pula memastikan penjejakan lebih konsisten. Modul ini juga hadir dengan lampu pencahayaan tambahan yang boleh dilaras tahap kecerahan dan suhu warnanya, sekali gus meningkatkan kualiti rakaman.



Osmo Mobile 8P menyokong Apple DockKit dengan sambungan segera melalui NFC dan Bluetooth. Ia hadir bersama tripod, lampu tambahan, bateri sehingga 10 jam serta port USB-C untuk mengecas telefon ketika rakaman. Fungsi tambahan seperti kawalan gerakan tangan, pergerakan kamera automatik dan bantuan komposisi turut disediakan bagi meningkatkan pengalaman rakaman pengguna.



