vivo Secara Rasmi Lancar X300 Ultra dan X300 FE Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,299

TechnologyDigital
15 May 2026 • 3:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: vivo Secara Rasmi Lancar X300 Ultra dan X300 FE Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,299

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika anda ingat sekitar November tahun lalu, vivo Malaysia telah melancarkan peranti x300 untuk pasaran tempatan.

Terbaharu semalam (14 Mei) vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan model teratas bagi siri itu iaitu X300 Ultra, sekaligus menjadi flagship pengimejan terunggul Siri X yang pertama dilancarkan di luar China.

vivo Malaysia dalam masa sama turut melancarkan model X300 FE yang mana kedua-dua model ini memberikan fokus utama terhadap pengalaman fotografi dan videografi profesional menerusi kerjasama bersama ZEISS.

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

x300 Ultra sesuai untuk content creator

Secara ringkasnya vivo x300 Ultra cocok buat pencipta kandungan dan pengguna yang mahukan hasil foto serta video setaraf profesional dengan hanya menggunakan satu peranti.

Fokus utama model ini ialah sistem ZEISS Master Lenses Collection yang direka untuk memberi fleksibiliti merakam pelbagai situasi seperti perjalanan, acara, makanan dan gaya hidup. Gabungan lensa 14mm, 35mm dan 85mm membolehkan pengguna menangkap sudut ultra lebar, perspektif semula jadi dan potret jarak jauh tanpa perlu bertukar peranti.

Untuk keupayaan jarak jauh, vivo turut memperkenalkan ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra yang mampu mencapai sehingga 200mm dan 400mm. Ini sekaligus memudahkan tugasan merakam subjek jauh seperti konsert atau sukan dilakukan dengan lebih jelas dan stabil, sambil kualiti dan perincian imej kekal terjaga!

Dari segi video dan warna, peranti ini menyokong rakaman 4K 120fps dengan format Log 10-bit serta Dolby Vision, selain sistem Color Science baharu yang memastikan warna lebih konsisten antara semua lensa. Ia turut dilengkapi sistem audio empat mikrofon untuk rakaman suara yang lebih jelas serta paparan ZEISS Master Color Display bagi ketepatan warna yang tinggi.

vivo Malaysia turut memperkenalkan penyelesaian videografi mudah alih profesional: vivo SmallRig Pro Video Rig Kit. Direka untuk meningkatkan keupayaan rakaman video vivo X300 Ultra, ia menyediakan set alat komprehensif yang disesuaikan untuk kegunaan profesional. Rangka kamera boleh kembang ini dilengkapi dengan cold shoe mount dan port pelepasan pantas untuk integrasi aksesori yang lancar, serta pemegang dwi tangan bagi kestabilan yang lebih baik.

Untuk kawalan kreatif yang lebih tepat, rangka ini turut menampilkan kawalan fizikal shutter dan zoom, di samping kipas penyejuk berbilang tahap bagi rakaman intensiti tinggi. Apabila digabungkan dengan vivo X300 Ultra dalam mod Telephoto Extender—yang menawarkan ciri menyeluruh seperti Pro Video, Dual-View dan All-in-One Recording—sistem ini berubah menjadi alat profe

Secara keseluruhan, vivo X300 Ultra bukan sekadar telefon kamera, tetapi satu sistem pengimejan mudah alih yang lebih lengkap, direka untuk memberi kebebasan kreatif sama ada untuk fotografi harian atau produksi kandungan yang lebih serius.

Image from: vivo Secara Rasmi Lancar X300 Ultra dan X300 FE Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,299

Spesifikasi utama vivo x300 Ultra

  • Cip pemproses: Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Cip pengimejan: Pro Imaging Chip VS1+
  • Paparan: 6.82 inci 2K ZEISS Master Color Display
  • Bateri: 6600mAh
  • Pengecasan: 100W FlashCharge, 40W Wireless FlashCharge
  • RAM / Storan: sehingga 32GB + 1TB
  • Sistem operasi: OriginOS 6
  • Ketahanan: IP68 dan IP69
  • Kamera utama: ZEISS Triple Prime Lenses (14mm, 35mm, 85mm)
  • Telefoto: 85mm 200MP gimbal-grade + ZEISS Telephoto Extender Gen 2 (200mm) & Gen 2 Ultra (400mm)
  • Video: 4K 120fps 10-bit Log, Dolby Vision
  • Audio: Quad-Mic Recording System
  • Warna: vivo Color Science baharu dengan sensor multispektral
  • Aksesori: SmallRig Pro Video Rig Kit (optional)

Bagaimana pula dengan vivo x300 FE?

vivo X300 FE pula hadir sebagai model yang menumpukan keseimbangan antara fotografi kreatif, prestasi harian dan reka bentuk kompak.

Peranti ini dibina untuk pengguna yang mahukan pengalaman kamera fleksibel tanpa perlu membawa setup profesional, sambil mengekalkan hasil imej yang jelas dan konsisten dalam pelbagai situasi.

Sistem kameranya terdiri daripada 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera, kamera utama ZEISS 50 MP, serta 110° Ultra-Wide Low-Distortion Camera. Gabungan ini memberi liputan fokus yang luas, daripada sudut ultra lebar hingga zum jarak jauh, sesuai untuk fotografi bandar, travel dan juga acara berskala besar seperti konsert.

Untuk keupayaan jarak jauh, kamera telefoto 50 MP dipertingkatkan dengan sokongan ZEISS Telephoto Extender Gen 2 yang membolehkan jarak fokus sehingga setara 200 mm. Ia direka untuk mengekalkan perincian walaupun pada tahap zum tinggi, sambil mengurangkan kehilangan kualiti yang biasa berlaku pada tangkapan jarak jauh.

Dari segi pemprosesan imej, peranti ini dikuasakan oleh AI True Clarity Engine yang menggabungkan NICE 3.0 Optical Reconstruction Engine, MAGIC 2.0 Image Restoration Engine dan Magic Cloud. Sistem ini membantu meningkatkan ketepatan tekstur, mengurangkan noise serta mengekalkan kejelasan imej walaupun dalam keadaan cahaya mencabar atau ketika rakaman bergerak pantas.

Dari segi fotografi dan video kreatif, X300 FE menyokong pelbagai mod seperti Stage Mode untuk konsert dan acara langsung, Street Photography Mode untuk rakaman spontan, serta ZEISS Multifocal Portrait yang merangkumi jarak fokus 23 mm hingga 100 mm. Rakaman video pula menyokong 4K 60fps, 4K 120fps serta 8K 30fps untuk fleksibiliti penghasilan kandungan.

Image from: vivo Secara Rasmi Lancar X300 Ultra dan X300 FE Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,299

Spesifikasi utama vivo x300 FE

  • Cip pemproses: Snapdragon 8 Gen 5
  • Paparan: 6.31 inci skrin rata FHD+ dengan bezel ultra-nipis
  • Bateri: 6500 mAh BlueVolt
  • Pengecasan: 90W FlashCharge, 40W Wireless Charge
  • Sistem penyejukan: VC Liquid Cooling (ruang wap 4005 mm²)
  • Ketahanan: IP68 dan IP69
  • RAM / storan: sehingga flagship configuration (varian bergantung pasaran)
  • Sistem operasi: OriginOS 6
  • Kamera utama: ZEISS 50 MP
  • Telefoto: 50 MP ZEISS Super Telephoto + ZEISS Telephoto Extender Gen 2 (setara 200 mm)
  • Ultra-lebar: 110° Low-Distortion Ultra-Wide Camera
  • Video: 4K 60fps, 4K 120fps, 8K 30fps
  • Audio: sistem AI-enhanced audio processing
  • Ciri AI: AI Magic Move, AI Image Expander, AI Reflection Erase, AI Erase

Dari segi reka bentuk, vivo X300 FE membawa pendekatan lebih ringan dan kompak dengan skrin 6.31 inci, berat sekitar 191g dan ketebalan 7.99 mm. Bahagian belakang menggunakan kemasan matte Metallic Sand AG dengan modul kamera berintegrasi kemas, memberikan rupa yang lebih premium dan bersih.

Warna

vivo X300 Ultra

  • Volcano Black
  • Steppe Green

vivo X300 FE

  • Mist Purple
  • Glow White
  • Luxe Black

Harga

vivo X300 Ultra
vivo X300 Ultra ditawarkan dalam varian 32GB + 512GB dan 32GB + 1TB dengan harga bermula dari RM5,899.

vivo X300 FE
vivo X300 FE ditawarkan dalam varian 24GB + 256GB dan 24GB + 512GB dengan harga bermula dari RM3,299.

Pelanggan boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini hingga 22 Mei 2026 di semua vivo Concept Store serta secara dalam talian di [SINI]

Pelanggan membuat Pra-tempah vivo X300 Ultra sekarang akan menikmati ganjaran lebih bernilai apabila anda menaik taraf, termasuk rebat RM900, COMAN Aluminium Photography Tripod percuma bernilai RM299, serta manfaat vivo Care seperti lanjutan jaminan satu tahun dan perlindungan skrin retak selama 180 hari.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun 30% untuk vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra bersama beg penyimpanan percuma bernilai RM159, di samping penjimatan tambahan untuk vivo X300 Ultra Photographer Kit apabila dibeli bersama barang lain.

Image from: vivo Secara Rasmi Lancar X300 Ultra dan X300 FE Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,299

Pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo X300 FE pula akan menerima hadiah eksklusif termasuk pembesar suara JBL bernilai RM299 dan vivo Buds Pro bernilai RM199, bersama manfaat vivo Care yang menawarkan lanjutan waranti 1+1 tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari untuk ketenangan fikiran tambahan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan RM300 untuk vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 melalui pakej Telephoto Extender Gen 2 Kit bundle, dengan pilihan add-on fleksibel untuk memperluaskan keupayaan fotografi mudah alih.

Image from: vivo Secara Rasmi Lancar X300 Ultra dan X300 FE Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,299

Pelanggan yang menempah kedua-dua model ini juga boleh menikmati pelan ansuran 0% faedah sehingga 24 bulan, diskaun RM100 dengan rakan bank terpilih termasuk OCBC, Hong Leong Bank, Affin Bank dan UOB, penjimatan tambahan melalui PayLater, serta pilihan trade-in yang fleksibel, eksklusif di vivo Concept Store.