Vivo V40 Dan V40 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM1,999

TechnologyDigital
22 Aug 2024 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V40 dan V40 Pro diumumkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dengan fokus terhadap sistem kamera lebih baik khususnya melibatkan fotografi portrait. Perkakasan dalaman juga dipertingkatkan dengan tubuh yang diberi nafas baharu untuk tampil elegan dalam kelasnya.

image is not available
Dari kiri : Vivo V40 5G & V40 Pro 5G

image is not available

Dimulakan dengan Vivo V40 Pro yang menggunakan skrin AMOLED melengkung 6.78″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9200+ dengan pilihan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 3.1. Diikuti juga sokongan pelancar terkini Funtouch OS 14 berasaskan Android 14 untuk pengalaman peranti yang dipertingkatkan. Bateri 5500mAh disertakan pula boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 80W.

image is not available
Dari kiri : Vivo V40 5G & V40 Pro 5G

Selain itu tri-sensor 50MP (ZEISS) digunakan di belakang dengan kebolehan untuk utama, sudut ultra lebar dan telefoto portrait. Sebanyak lima panjang fokus ditawarkan pada kamera peranti iaitu 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm. Diikuti dengan sehingga tujuh kesan bokeh ZEISS untuk dipilih yang terdiri dengan Biotar, B-speed, Sonnar, Plannar, Distagon, Cine-flare dan Cinematic.

image is not available

image is not available

image is not available

Sebagai pilihan pengguna turut boleh memilih kesan bokeh dengan panjang fokus telah dilaras secara langsung melalui ciri Portrait Lens Kit. Gambar swafoto pula boleh diambil dengan kamera hadapan 50 MP ZEISS. Lain-lain spesifikasi diberikan termasuk sistem audio stereo, NFC, kalis air IP68 & IP69 dan NFC.

image is not available
Vivo V40 5G

Vivo V40 juga dilengkapi skrin melengkung AMOLED FHD+ 120Hz sebesar 6.78-inci. Ini digabungkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, memori 12GB RAM LPDDR4X dan storan 512GB UFS 2.2 sebagai tunjang utama. Kemudiannya pelancar terkini Funtouch OS 14 yang dibina berasaskan Android 14 juga digunakan sebagai pelengkap.

image is not available

image is not available

Tiada kamera telefoto disediakan sebaliknya peranti hanya mengokong dwi-sensor 50MP (ZEISS) untuk kebolehan utama dan ultra lebar. Gambar swafoto boleh diambil menggunakan kamera hadapan 50 MP ZEISS. Bateri sebesar 5500 mAh juga disediakan dengan ia menyokong pengecasan berwayar 80W. Lain-lain spesifikasi ialah kalis air IP68 & IP69, sistem audio stereo dan sambungan bluetooth 5.4.

Di Malaysia peranti dijual bermula RM1,999 untuk model V40 (256GB) dan RM2,399 (512GB). Sementara itu Vivo V40 Pro pula berharga RM3,299 (12/256GB) Pratempah dibuka sekarang hingga 30 Ogos 2022 dengan hadiah percuma bernilai RM1,604 yang termasuk DJI Osmo Mobile SE, Vivo TWS 3e dan jaminan waranti tambahan selama setahun. Terdapat tawaran harga lebih rendah bernilai RM1,899 turut diberikan untuk pembelian V40 yang dibuat melalui TikTok Shop.